Pandangan Pelbagai Agama Terhadap Fitnah
KOMUNIKASI DALAM PENYIARAN ISLAM
Kumpulan 7 - Ahli Kumpulan:
1) Nuraishah binti Azlan (02DAT18F1041)
2) Nurul Hidayah binti Abdul Rahman (02DAT18F1066)
3) Nur A'in Syafiqa binti Borhan (02DAT18F1085)
4) Ahmad Firdaus Hikmi bin Abu Bakar (02DAT18F1050)
5) Muhammad Hazim bin Mazlan (02DAT18F1082)
Nama Pensyarah: Encik Mohd Noor Zaidi bin Mohd Zawawi
Isi Kandungan
1. Penghargaan
2. Pengenalan
3. Pendahuluan - Definisi Fitnah & Definisi Internet
4. Isi - 4.1 Dari Sudut Undang-Undang Islam
- 4.2 Dari Sudut Undang-Undang Sivil
5. Kesimpulan
6. Rujukan
1 ) PENGHARGAAN
Bismiillahirahmanirahim,
Assalammualaikum &salam sejahtera.
Syukur Alhamdulillah dan setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan kehadrat ilahi kerana dengan izin kurnianya dapat kami iaitu ahli kumpulan 7 menyempurnakan tugasan bagi kod subjek DUA 6022 Komunikasi dan Penyiaran dalam Islam ini dengan jayanya.
Dengan kesempatan yang ada ini kami amat berbesar hati untuk menghadiahkan jutaan terima kasih kepada EN. MOHD NOOR ZAIDI BIN MOHD ZAWAWI,selaku Pensyarah Komunikasi dan Penyiaran dalam Islam kerana telah meletakkan sepenuh kepercayaan beliau kepada kami untuk melunaskan tugasan yang diberikan.
Kami juga ingin mengucapkan ribuan terima
kasih kepada semua pihak yang tidak putus-putus dalam usaha membantu
menyempurnakan tugasan ini terutamanya kepada pensyarah kami yang amat berjasa
iaitu EN. MOHD NOOR ZAIDI BIN MOHD ZAWAWI, atas
budi bicara beliau dalam memberi tunjuk ajar sepanjang masa tugasan ini
dijalankan. Selain itu, kami turut
berterima kasih kepada rakan-rakan seperjuangan kami kerana telah banyak
menghulurkan bantuan dan kerjasama bagi merealisasikan usaha menyempurnakan
tugasan ini dengan jayanya.
Dengan kesempatan ini kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada kedua ibu bapa kami yang telah banyak mendorong kami untuk terus berusaha . Dan kami juga ingin menghadiahkan sekalung terima kasih kepada rakan-rakan yang telah banyak membantu dan mencetuskan idea sepanjang proses penyiapan tugasan dilaksanakan . Dalam menyiapkan tugasan ini , banyak yang telah kami pelajari sepanjang e-folio ini dibina . Ianya memberi saya seribu satu makna dalam menimba ilmu ini .Syukur Alhamdulillah .
Ucapan
ini juga ditujukan kepada semua pihak yang telah terlibat dalam menjayakan
tugasan ini sama ada secara langsung atau tidak langsung . Segala bantuan yang
telah mereka hulurkan amatlah kami hargai kerana tanpa bantuan dan
sokongan mereka semua tugasan ini mungkin tidak dapat dilaksanakan dengan baik.
Sebelum saya mengundur
kata , terimalah serangkap kata,
Bak kata pepatah melayu
‘’Melentur Buluh , Biarlah dari Rebungnya ”
Sekian, terima kasih.
2) PENGENALAN
Komunikasi ditakrifkan sebagai satu
“satu proses perpindahan maklumat, perasaan, idea dan fikiran seseorang
individu atau kumpulan individu yang lain”. Ia merupakan proses interaksi yang
bererti antara hidupan dan merangkumi kedua-dua seperti perbuatan menghantar
maklumat dan proses untuk bertukar-tukar bermaksud dapat menghasilkan
pemahaman. Komunikasi jugak boleh membentuk baik secara lisan, misalnya Bahasa
gerak-geri Bahasa isyarat, pendengaran, sentuhan dan hubungan mata serta
penulisan. Terdapat pelbagai takrifan komunikasi dari takrif yang
mengiktirafkan antara haiwan sehinggalah yang mengiktirafkan antara manusia
sahaja. Komunikasi jugak memainkan peranan penting dalam kehidupan manusia
seharian untuk mencapai objektif atau matlamat tertentu. Kemampuan seseorang
menggunakan komunikasi dengan baik dapat mencorakkan kehidupan yang baik pada
masa hadapan
Komunikasi melalui media sosial pula ialah
sejenis media yang digunakan terus secara atas talian dengan membolehkan para
pengguna dengan mudah untuk menyertai,berkongsi dan mencipta isi meliputi
blog,rangkaian sosial ,wiki,forum dan dunia virtual. Blog,rangkaian sosial dan
wiki merupakan bentuk media sosial yang paling umum digunakan oleh masyarakat
di seluruh dunia.Sementara itu, jarigan sosial merupakan laman di mana setiap
orang boleh membuat laman web secara peribadi kemudian berhubung dengan
rakan-rakan untuk berkongsi maklumat dan berkomunikasi. Jaringan sosial
terbesar antara lain adalah Facebook, Myspace,Plurk dan Twitter. Jika media
tradisional menggunakan media cetak dan media cetak dan media penyiaran maka
media sosial menggunakan internet. Media sosial mengajak sesiapa sahaja yang
berminat untuk berhibur dengan memberi sumbangan dan maklum balas secara
terbuka,memberi komen serta berkongsi maklumat dalam masa cepatdan tidak
terhad. Ketika teknologi internet internet dan telefon bimbit semakin maju maka
media sosial pun ikut membangun dengan pesat.Kini untuk mengakses facebook atau
twitter misalnya, boleh dilakukan di mana-mana saja dan pada bila-bila masa
hanya dengan menggunakan sebuah telefon bimbit. Begitu pantasnya seseorang
boleh mengakses media sosial mengakibatkan terjadinya fenomena besar terhadap
arus maklumat tidak hanya di negara-negara maju, bahkan juga di Malaysia.
Kerana kelajuannya media sosial juga mula tampak menggantikan peranan media
massa konvensional dalam menyebarkan berita-berita.
Kebelakangan ini,terdapat
perluasan fitnah yang mendadak dalam kalangan media sosial. Fitnah pula merupakan
satu bentuk komunikasi kepada satu pihak atau lebih yang bertujuan
untuk memberikan stigma negatif atas sesuatu peristiwa yang dilakukan oleh
pihak lain, ia berdasarkan atas fakta palsu yang dipengaruhi oleh sifat
penghormatan, buruk sangka, obses, atau menjatuhkan dan/atau menaikkan nilai
reputasi seseorang atau sesuatu pihak. Kata "fitnah" diserap
dari bahasa Arab, dan pengertian aslinya adalah "cubaan"
atau "ujian".
Dengan
wujudnya media sosial seperti WhatsApp, Facebook, Twitter, Instagram, blog dan
sebagainya, ia telah mempercepatkan lagi penyampaian maklumat fitnah
tersebut.Apa yang lebih membimbangkan, masyarakat kita hari ini tidak bersikap
hati-hati atau teliti dalam menerima maklumat daripada media sosial itu kerana
ada yang percaya bulat-bulat tanpa merujuk kepada sumber yang sahih.
Lebih
malang, ada pula yang menyebarkannya kepada orang lain.Masyarakat harus sedar,
berita palsu meninggalkan kesan buruk kerana ia mengundang permusuhan dan
perpecahan.Media sosial bagai pedang yang bermata dua atau serampang dua mata
yang boleh membawa kebaikan jika digunakan dengan bijaksana tetapi boleh
menghancurkan diri, masyarakat dan negara jika disalahgunakan.
3) PENDAHULUAN:
DEFINISI FITNAH:
Fitnah merupakan satu
bentuk komunikasi kepada satu pihak atau lebih yang bertujuan untuk memberikan
stigma negative atas sesuatu peristiwa yang dilakukan oleh pihak lain.
Berdasarkan atas fakta palsu yang dipengaruhi oleh sifat penghormatan, buruk
sangka, obsess atau menjatuhkan nilai reputasi seseorang atau sesuatu pihak.
Perkataan fitnah ini berasal daripada Bahasa arab dan membawa maksud cubaan
atau ujian.
Menurut agama islam
mahupun agama lain, fitnah ini dianggap perbuatan berdosa yang boleh membawa kepada
kemungkaran dan kerosakan yang nyata apabila dibiarkan tanpa dibendung atau
dikawal dari terus merebak.
Firman Allah SWT :
1.
Surah
Al-Baqarah ayat 217 yang bermaksud:
“Mereka bertanya
kepadamu tentang berperang pada bulan Haram. Katakanlah: “Berperang dalam bulan
itu adalah dosa besar; tetapi menghalangi (manusia) dari jalan Allah, kafir
kepada Allah, (menghalangi masuk) Masjidil Haram dan mengusir penduduknya dari
sekitarnya, lebih besar (dosanya) di sisi Allah. Dan berbuat fitnah lebih besar
(dosanya) daripada membunuh.
2.
Surah
Al-Baqarah ayat 193 yang bermaksud:
“Dan perangilah mereka
itu, sehingga tidak ada fitnah lagi dan (sehingga) ketaatan itu hanya
semata-mata untuk Allah. Jika mereka berhenti (dari memusuhi kamu), maka tidak
ada permusuhan (lagi), kecuali terhadap orang-orang yang zalim”
Kata fitnah dalam ayat
kedua ini menurut para Ulama tafsir adalah bermaksud kekafiran atau
kemusyrikan. Iaitu bahawa mereka itu menyebarkan kekafiran.
Walau bagaimana pun,
perleluasaan fitnah kini berlaku dalam pelbagai cara iaitu melalui percakapan,
perbuatan dan media social. Perleluasaan ini telah mengakibatkan ramai pihak
berpecah belah antara satu sama lain. Perluasaan ini juga telah merebak dengan
pantas apabila wujudnya pelbagai media sosial yang lebih mudah untuk
berkomunikasi antara satu sama lain, bagaikan semuanya dihujung jari sahaja.
DEFINISI INTERNET:
Internet pula adalah
suatu rangkaian talian komputer (network) yang amat besar hubungan dan
capaiannya. Internet diibaratkan seperti gergasi rangkain talian komputer. Ia
adalah rangkaian ratusan ribu talian hubungan komputer di seluruh dunia yang
dihubungkan antara satu dengan yang lain sama ada melalui sambungan berdawai,
tanpa dawai, melalui sambungan kabel atau melalui satelit. Pada masa sekarang, internet membentuk
dunianya yang tersendiri yang dikenali sebagai dunia siber (cyber world).
Manusia sebagai makhluk yang mempunyai akal telah menggunakan kemudahan
komputer dengan cara melayarinya melalui elektronik ke dunia siber. Sesiapa
sahaja boleh memasuki dunia siber ini tanpa had dan sekatan, tanpa mengira
agama, bangsa, ras, negara, warna kulit, budaya, gaya hidup bagi berhubung dan
bertukar maklumat melalui internet.
Dalam kurun ini,
perkembangan berteraskan dunia siber begitu pesat sekali. Dunia siber juga
dikenali sebagai dunia digital atau elektronik. Internet termasuk dalam dunia
siber ini yang secara khususnya merupakan suatu jaringan sedunia atau world
wide web (www). Internet telah menggabungkan imiginasi mengenai kuasa teknologi
maklumat yang melaluinya dapat disiarkan segala bentuk maklumat meliputi
gambar, tulisan, carta, suara, keadaan pergerakan, bunyi stereo yang secara
kolektifnya dikenali sebagai multimedia.Internet memungkinkan para pengguna
komputer memiliki satu cara laluan masuk
ke dalam mana-mana dokumen yang dikehendaki daripada mana-mana tempat untuk
melayari bagi mendapatkan maklumat yang dikehendaki tanpa terlalu sukar bagi
mengendalikannya. Dengan demikian, seseorang pengguna Internet tidak perlu
mempunyai maklumat sebagai seorang pakar komputer untuk melayari Internet atau
menggunakannya bagi sesuatu tujuan tertentu.
4.1 DARI
SUDUT UNDANG-UNDANG ISLAM
Merujuk kepada
undang-undang Islam berkaitan dengan hak kebebasan bercakap dan mengeluarkan
pendapat adalah telah jelas terdapat dalam al- Qur’an, al-Sunnah dan
penulisan-penulisan para ulama. Hal ini dapat dibuktikan dengan firman Allah
(s.w.t.) dalam Surah al-Tawbah, ayat 71:
Terjemahan: Dan
orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, setengahnya menjadi penolong
bagi setengahnya yang lain; mereka menyuruh berbuat kebaikan, dan melarang
daripada berbuat kejahatan.
Begitu juga dalam
Surah Ali ‘Imran, ayat 110:
Terjemahan: Kamu
(wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah)
umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan
melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji).
Dalam ayat yang lain,
Allah (s.w.t.) melarang daripada mendedahkan keburukan orang lain melainkan
dalam kes tertentu sahaja. Ini dapat dilihat dalam Surah al-Nisa’, ayat 148:
Terjemahan: Allah
tidak suka kepada perkataan-perkataan buruk yang dikatakan dengan
berterus-terang (untuk mendedahkan kejahatan orang); kecuali oleh orang yang
dianiayakan. Dan (ingatlah) Allah sentiasa Mendengar, lagi Maha Mengetahui.
Maksud ayat di atas
ialah orang yang dizalimi tidaklah salah jika dia mendedahkan kejahatan pihak
penzalim terhadapnya demi untuk mendapat pembelaan.
Berdasarkan kepada
pengertian umum ayat-ayat di atas, Islam memberi hak kebebasan bercakap dan
mengeluarkan pendapat kepada kesemua manusia, lebih-lebih lagi bagi perkara
yang boleh mendatangkan kebaikan dan menolak keburukan dalam masyarakat. Hak
kebebasan ini tidak hanya diberikan dalam kes sesuatu isu tertentu, bahkan ia
boleh digunakan dalam kesemua keadaan asalkan ia boleh mendatangkan kebaikan
dan menolak keburukan dalam masyarakat.
Keadaan ini juga dapat
dibuktikan dalam zaman Rasulullah (s.a.w.). Baginda telah memberikan hak ini
kepada semua orang ketika itu sehinggakan untuk mengatur strategi peperangan
bagi mengawal Kota Madinah bagi menempuh peperangan Uhud dan juga Khandaq,
baginda memilih pandangan yang paling baik dikalangan para Sahabat. Ini
menunjukkan bahawa Islam mengiktiraf kebebasan bercakap dan memberi pendapat demi untuk
pembangunan umat dan negara.
Di samping Islam
menganugerahkan hak kebebasan bercakap dan mengeluarkan pendapat kepada semua
manusia, Islam juga menganugerahkan hak mendapat perlindungan terhadap maruah
dan kemuliaan diri bagi setiap individu. Hak ini diberikan kepada setiap
individu supaya mereka tidak mudah difitnah dan diaibkan oleh orang lain. Ini
dengan jelas tercatat dalam al-Qur’an, Surah al-Hujurat, ayat 11 hingga 12.
Berdasarkan kepada ayat-ayat tersebut, dapatlah dikatakan undang-undang Islam
menjaga dan mengawasi kebajikan umat manusia dengan memastikan setiap diri
mereka dilindungi daripada sebarang fitnah libel dan slander. Maksud ayat
daripada Surah al-Hujurat tersebut “…dan janganlah setengah kamu menyatakan
keaiban setengahnya yang lain…” dan maksud ayat 11, Surah al-Qalam: “Yang suka
mencaci, lagi yang suka menyebarkan fitnah hasutan (untuk memecah belahkan
orang ramai)” jelas terbukti bahawa fitnah tanpa mengira melalui lisan atau
tulisan dan juga tanpa mengira wahananya sama ada melalui penyiaran televisyen,
cetakan surat khabar ataupun talian Internet dan telepon adalah kesemuanya
haram dilakukan menurut undang-undang Islam. Dan jika dapat disabitkan pihak
yang melakukannya, maka pihak itu boleh dikenakan hukuman hadd qazaf atau
takzir mengikut jenis kesalahannya.
Keadaan ini disokong
dengan firman Allah (s.w.t.) dalam Surah al-Hujurat, ayat 6:
Terjemahan: Wahai
orang-orang yang beriman! Jika datang
kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan)
kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang
tidak diingini – dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) - sehingga
menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan.
Maksud ayat di atas
dapatlah dikatakan bahawa sesiapa sahaja yang menerima sebarang berita daripada
orang lain tanpa mengira sama ada ia melalui ungkapan, kiriman kertas, hebahan
dalam televisyen, siaran radio, paparan papan buletin Internet atau sistem maklumat
ringkas, sewajibnya pihak penerima berita tersebut menyelidikinya terlebih
dahulu sebelum mempercayainya. Dari sudut prosedur kehakiman, ayat ini juga
dapat difahami bahawa hanya semata-mata pihak yang membuat berita itu sahaja
patut diselidiki dan dikenalpasti di samping kebenaran berita itu. Apabila
dikenal pasti pihak yang membawa berita itu fasik, maka berita itu dikira
sebagai terbatal, iaitu tidak boleh diterima. Sehinggakan jika mengikut Imam
al-Shafi‘i, jika berita fitnah itu ditujukan kepada seseorang tertentu, maka
pelakunya dikira fasik yang tidak boleh diterima menjadi wali dalam kes
pernikahan. Maka, daripada kenyataan ini, apa yang hendak ditekankan ialah
pihak sebenar yang membuat sesuatu fitnah itu sewajibnya dikenalpasti, bukannya
pihak lain termasuk pihak perantaraannya, melainkan terdapat elemen
penyubahatan antara pihak yang membuat fitnah dengan pihak perantaraannya.
Undang-undang Islam
menganggap bahawa sebarang bentuk perbuatan, kelakuan atau perkataan yang
dilakukan untuk memfitnah seseorang tertentu, maka ia boleh dikira sebagai
suatu kesalahan fitnah tanpa mengira sama ada ia disiarkan atau dihebahkan
dalam bentuk sementara atau kekal, sama ada dalam bentuk gambaran, lukisan, arca, patung,
tayangan, karikatur, coretan dan sebagainya. Dan juga tanpa mengira sama ada ia
menggunakan apa-apa perantaraan alat komunikasi bagi menyampaikan fitnahnya itu
ataupun tidak.
Kata-kata atau
ungkapan yang menyakitkan hati, mengaibkan atau merendahkan maruah seseorang
tertentu dilarang oleh undang-undang Islam, inikan pula kata-kata yang berbau
fitnah atau yang berkemungkinan boleh mewujudkan fitnah. Sudah pasti ia amat
dilarang oleh undang-undang Islam.
Daripada perbincangan
bab-bab yang lalu, dapat difahami bahawa undang-undang Islam melarang daripada
mengumpat atau mengata-ngatakan sesuatu perkara berkaitan dengan diri seseorang
tertentu, sekalipun kata- katanya itu benar dan ia dinamakan sebagai ghibah.
Inikan pula sesuatu ungkapan atau perkataan itu yang sememangnya direka-reka
yang boleh menjadi suatu bentuk fitnah, malah lebih-lebih lagilah ia dilarang
dan ia dinamakan sebagai buhtan. Dan banyak lagi bentuk-bentuk ungkapan yang
dilarang oleh undang-undang Islam dan ia diistilahkan sama ada sepertimana dua
istilah tersebut atau sukhriyyah (ejekan/hinaan (fitnah)) dan sebagainya. Jika
sekiranya sesuatu ungkapan itu boleh dianggap fitnah sekalipun ia disiarkan
atau disebarkan hanya kepada pihak yang difitnahkan, inikan pula jika perkara
fitnah tersebut disiarkan secara meluas melalui Internet dan sistem mesej
ringkas telepon mudah alih dan ia bercirikan fitnah libel yang kekal. Maka
perbuatan sedemikian amatlah dilarang oleh undang-undang Islam dan sudah pastilah
pihak yang difitnah itu boleh mengambil tindakan undang-undang menuntut ganti
rugi kepada pihak pemfitnah atas keaibannya yang dia alami dari sudut psikologi
dan emosi atau memohon injunksi supaya fitnah itu disekat dan dihapuskan
daripada ia terus disebarkan dalam Internet atau sistem mesej ringkas itu.
Persoalan lain yang
muncul dalam kes fitnah melalui Internet atau sistem mesej ringkas ini ialah
siapakah yang bertanggungan jika kes tersebut terjadi mengikut pandangan
undang-undang Islam? Hal ini dilihat dan dinilai dengan memastikan siapakah yang memainkan peranan
tersebut secara langsung dan siapakah pula yang kedudukannya boleh
dikategorikan secagai tidak langsung, atau kedua-duanya memainkan peranan
sebagai pembuat fitnah secara langsung ataupun kedua-dua pihak tersebut sebagai
pembuat fitnah secara tidak langsung.
Jika diteliti secara
mendalam, sudah pastilah dapat dikatakan bahawa pihak yang menulis fitnah itu
sebagai pembuat fitnah secara langsung dan pembekal perkhidmatan papan buletin
atau syarikat penyedia perkhidmatan sistem pesanan atau mesej ringkas ini
sebagai pihak yang berada pada situasi tidak langsung. Ini adalah kerana dia
hanya merupakan pihak yang menyediakan kemudahan talian komunikasi itu sahaja,
bukannya perancang atau pembuat bahan fitnah tersebut.
Hukuman hanya
dibebankan ke atas pelaku secara langsung sahaja atas sebab bahawa dia
merupakan penyebab yang sebenar-benarnya
memberi kesan kepada sesuatu kes itu dan asas sesuatu hukuman itu pula sememangnya ditujukan kepada pihak yang
mewujudkan sesuatu perbuatan itu bukannya kepada penyebab-penyebab lain
sekalipun ia mempunyai hubungan dengan kes itu. Ini adalah kerana pelaku secara
langsung itu dikira lebih kuat dan lebih hampir kepada akibat sesuatu kejadian
itu.Hal ini berkemungkinan sama dengan satu maxim Latin berbunyi: causa proxima
non remota spectatur, yang memberi maksud “sebab yang segera diambil kira, bukannya
sebab yang terpencil.
Pelaku secara tidak
langsung merupakan seorang yang telah melakukan sesuatu perbuatan dan antara
perbuatannya dengan kesan atau akibat yang ada hubungan dengan perbuatan itu telah dicelahi atau diselangi oleh suatu
perbuatan orang lain yang telah melakukannya secara sukarela. Adapun pelaku
secara langsung pula merupakan seorang yang telah menyebabkan suatu kesan atau
akibat daripada perbuatannya tanpa dicelahi antara kedua-duanya itu oleh suatu
perbuatan orang lain yang telah melakukannya secara sukarela. Dengan sebab
itulah, pelaku secara langsung ini lebih hampir atau lebih wajar dibebankan
hukuman ke atasnya jika dibandingkan dengan pihak pelaku secara tidak langsung.
Persoalan pembuat
fitnah (pelaku secara langsung) dengan pihak yang menyediakan perkhidmatan
penyiaran fitnah (pelaku secara tidak langsung) dapat dibuat analogi dengan kes
seseorang menggali lubang di atas jalan raya tanpa mendapat kebenaran daripada
pihak berkuasa dan kemudian seseorang lain menyebabkan binatang kepunyaan
seseorang terjatuh ke dalam lubang itu, maka tanggungan terhadap kecederaan
atau kematian binatang itu dipertanggungjawabkan ke atas pihak yang telah
menyebabkan binatang itu terjatuh (pelaku secara langsung), bukannya pihak yang
menggali lubang itu (pelaku secara tidak langsung). Melainkan dapat dibuktikan
bahawa tidak wujud sebarang perbuatan orang lain yang mencelahi antara
perbuatan penggali lubang dengan akibat kecederaan atau kematian yang dialami
oleh binatang itu. Maka dalam kes sebegini, pihak penggali lubang bertanggungan
terhadap ganti rugi ke atas binatang itu, kerana dia dianggap sebagai muta‘addi
disebabkan tindakannya itu tidak mendapat kebenaran daripada pihak berkuasa
terlebih dahulu.
Analogi lain yang
boleh dikiaskan dalam undang-undang Islam kepada kes yang melibatkan pembekal
perkhidmatan Internet dan juga penyedia kemudahan telepon mudah alih adalah
seperti kes kemudaratan yang disebabkan oleh kanak-kanak atas alasan kecuaian
penjaganya. Kanak-kanak dalam kes sedemikian merupakan wahana kepada
kemudaratan yang berlaku, sepertimana syarikat pembekal perkhidmatan Internet
dan talian telepon, maka pihak yang sebenarnya bertanggungan adalah penjaganya,
kerana dia telah cuai atau tidak berhati-hati dalam penjagaan kanak-kanak
tersebut. Hal ini dapat dirujuk
seperti dalam kes jika seseorang memberi sebilah pisau kepada seorang
kanak-kanak dan tiba-tiba pisau yang dipegang oleh kanak-kanak itu terjatuh
lalu mencederakan dirinya atau orang lain, pihak yang memberikan pisau itu
bertanggungan atas kecederaan tersebut. Ini adalah kerana pihak yang memberikan
pisau itu dikira sebagai pihak pelaku tort dalam menggunakan kanak-kanak itu
bagi memegang pisau yang diberikannya dan dia juga sebagai penyebab muta‘addi
kepada kes kecederaan tersebut, manakala kanak-kanak kecil itu hanya dikira
sebagai wahana kepada kemudaratan yang berlaku, bukannya pelaku secara
langsung. Dan kejadian itu pula berlaku secara kemalangan, tanpa elemen
"ikhtiar" daripada kanak-kanak tersebut. Tetapi sekiranya wujud
elemen "ikhtiar" daripada kanak-kanak itu, maka pihak yang memberi
pisau tidak bertanggungan, kerana dalam kes sebegini, kanak-kanak itu dikira sebagai
pelaku secara langsung.
4.2 DARI
SUDUT UNDANG-UNDANG SIVIL
Di Malaysia, konsep
kebebasan bersuara diiktiraf sebagai salah satu hak kebebasan asasi manusia dan
ia diamalkan secara berhemah. Perkara 10(1)(a) Perlembagaan Persekutuan
menjelaskan berkaitan dengan hak ini, iaitu semua warga negara Malaysia berhak
untuk bebas bercakap dan mengeluarkan buah fikiran. Walaupun begitu, ia
bukanlah merupakan kebebasan yang mutlak. Bahkan ia tertakluk kepada fasal (2),
(3) dan (4). Perkara 10(2)(a) membenarkan Parlimen mengenakan:
Ke atas hak-hak yang diberi oleh perenggan (a) Fasal (1), apa-apa
sekatan yang didapatinya perlu atau mustahak demi kepentingan keselamatan
Persekutuan atau mana-mana bahagiannya, perhubungan persahabatan dengan
negeri-negeri lain, ketenteraman awam untuk melindungi
keistimewaan-keistimewaan Parlimen atau mana-mana Dewan Negeri atau untuk
mengelakkan penghinaan terhadap mahkamah, fitnah, atau perbuatan mengapi- api
supaya dilakukan sesuatu kesalahan.
Jadi, hak kebebasan bersuara yang diberikan oleh Perlembagaan
Persekutuan itu adalah selagi mana hak kebebasan itu tidak disalahgunakan,
seperti sesuatu ungkapan itu tidak menjadi suatu fitnah, ungkapan yang tidak
menjadi suatu hasutan dan ungkapan yang tidak melanggar hak keistimewaan
Parlimen dan Dewan Negeri.
Maka, dapat difahami daripada kenyataan di atas bahawa salah satu
daripada sekatan-sekatan yang dikenakan ke atas kebebasan bersuara adalah penguatkuasaan
undang-undang berkaitan dengan fitnah. Secara umumnya, undang-undang fitnah
digubal untuk memperuntukkan seksyen-seksyen tertentu bagi melindungi nama baik
seseorang daripada diaibkan.
Tahun-tahun sebelum dan awal 80an, persoalan fitnah pada kebiasaannya
timbul sama ada melalui ungkapan lisan radio atau televisyen, atau tulisan
dalam surat khabar dan majalah. Tetapi, dalam tahun-tahun selepas itu, wujud
satu wahana baru yang juga boleh terjadinya fitnah, iaitu melalui komputer dan
juga mesej yang dikirimkan melalui telepon mudah alih. Ada yang mengatakan
bahawa wahana ini sebagai ruang siber (cyberspace). Maka selepas itu terdapat
perdebatan di kalangan ahli undang-undang dari sudut hendak menentukan sama ada
mesej-mesej yang terpapar pada skrin komputer dan juga telepon mudah alih itu
merupakan fitnah berbentuk libel atau slander. Pada masa kini, perdebatan
berkaitan dengan isu itu nampaknya seperti sudah selesai setelah ia diterima di
seluruh dunia bahawa fitnah yang wujud dalam dunai siber dianggap sebagai suatu
fitnah berbentuk libel. Begitu juga pada suatu ketika dahulu, telah wujud
keraguan adakah fitnah yang disiarkan oleh televisyen dan juga radio merupakan
libel atau slander. Walaupun begitu, Akta Penyiaran 1990 dalam undang-undang
Inggeris menetapkan bahawa sebarang bahan fitnah yang disiarkan ke udara adalah
tertakluk kepada kesalahan fitnah libel. Maka termasuk juga ke dalam kesalahan
fitnah ialah bahan-bahan yang ditayangkan melalui filem, pita video dan
pertunjukan teater. Begitu juga bahan- bahan yang terdapat dalam pita rakaman
dan cakera padat kesemuanya tertakluk kepada fitnah libel. Justeru, oleh kerana
libel termasuk kesemua bentuk penerbitan dan penyiaran dalam bentuk tetap, maka
sudah pastilah penyiaran melalui Internet dan sistem pesanan ringkas juga
merupakan bentuk fitnah libel. Kedudukan ini dapat diperkuatkan dengan
peruntukan seksyen 3, Akta Fitnah 1957 dalam undang-undang Malaysia yang
memperuntukkan:
“Bagi maksud undang-undang libel dan slander, penyiaran perkataan-perkataan
dengan cara komunikasi radio hendaklah dianggap sebagai penerbitan dalam bentuk
tetap”.
Jika komunikasi radio boleh dikira sebagai penerbitan tetap, maka sudah
tentulah penyiaran melalui skrin komputer atau telepon mudah alih juga
merupakan suatu bentuk penerbitan tetap. Bahkan penerbitan tetap ini yang
dinisbahkan kepada bentuk fitnah libel ditujukan kepada fitnah yang lahir
melalui penglihatan atau mata, bukannya pendengaran atau telinga (fitnah
slander), maka skrin komputer atau papan buletin atau skrin telepon mudah alih
adalah lebih dekat kepada aspek fitnah libel, jika hendak dibandingkan dengan
komunikasi radio. Demikian itu, talian komputer dan juga telepon mudah alih
lebih menepati kepada kesalahan fitnah libel yang aspeknya diasaskan kepada
berbagai bentuk, seperti lukisan, karya kartun, filem, arca, simbol, gambaran
patung dan bentuk-bentuk imej visual lain yang mana kedudukannya sama
sepertimana penerbitan buku, surat khabar, majalah dan jurnal.
Mengikut Kent dan William, fitnah libel tidak hanya boleh disiarkan
melalui suratkhabar dan penyiaran melalui udara, tetapi juga boleh melalui
sidang akhbar, memo yang dikeluarkan antara pejabat, apa-apa perbualan,
temuduga, surat-surat perniagaan dan termasuk Internet.
Sehubungan dengan Internet ini, didapati bahawa perhubungan secara
talian telah berkembang begitu pesat sehingga pada hari ini terdapat berjuta
tapak jaringan (websites) dengan berjuta pelanggannya yang juga telah mengirimkan
berjuta-juta perkataan dalam bahan kiriman mereka dalam Internet dan juga dalam
perkhidmatan talian komersial pada setiap waktu dan ketika. Maka pastinya,
antara bahan-bahan yang dikirimkan itu terdapat bahan tulisan yang mengandungi
fitnah libel. Ia dikirimkan ke tapak jaringan, papan buletin atau “bilik berbual”,
kemudian ia disiarkan dan dilihat oleh pihak ketiga. Apabila ini terjadi,
persoalan undang-undang akan timbul, iaitu sepertimana yang dikatakan oleh
Wayne, adakah setiap orang selain daripada pengirim asalnya juga bertanggungan?
Ringkasnya, dapatlah dikatakan bahawa surat khabar dan majalah dikatakan
telah menyiarkan berita apabila ia diedarkan kepada orang awam. Radio dan
stesyen televisyen dikatakan telah menyiarkan sesuatu berita apabila ia telah
menyiarkannya atau memancarkannya ke udara. Dan begitu jugalah maklumat dalam
Internet, ia dikatakan telah disiarkan dalam papan buletin apabila ia dapat
dicapai dan dibaca oleh para pelanggannya. Berkaitan dengan fitnah libel,
undang-undang tidak menghendaki pihak plaintif membuktikan bahawa pihak yang melanggan
surat khabar atau Internet atau yang menonton televisyen telah mendengar atau
membaca terbitan dan siaran yang berbentuk fitnah itu. Umumnya, mahkamah telah
beranggapan bahawa terbitan atau siaran yang diterbitkan atau disiarkan itu telah
mencapai para audiensnya.
Secara umumnya dapat dikatakan bahawa pihak plaintif tidak terhad dalam
pendakwaannya bahawa dia hanya berhak mendakwa pihak pertama yang mengucapkan
atau menulis sebarang komen berbentuk libel. Bahkan dia boleh mendakwa setiap
orang atau pihak yang telah menyebarkan libel tersebut. Seseorang yang menuduh
bahawa seorang doktor telah melakukan sesuatu perbuatan yang tidak beretika
atau telah cuai dalam menjalankan tugasnya, maka dia boleh didakwa di bawah
kesalahan libel. Maka di sini timbul persoalan adakah seorang wartawan yang
melaporkan tuduhan tersebut dalam surat khabar atau televisyen atau laporan itu
telah disiarkan pada paparan bulletin Internet boleh dibebankan tanggungan
libel; dan termasuk juga pihak penyunting yang telah menyemak berita itu dan
juga penerbit medium-medium tersebut.12
Samalah juga jika kes
ini dibandingkan dengan kes seorang pembaca surat khabar atau berita dalam
Internet yang telah difitnahkan atau diaibkan dirinya, adakah pihak pembaca itu
boleh mendakwa pihak penyunting berita tersebut dan penerbit atau pembekal
perkhidmatan Internet yang terlibat termasuk juga penulis berita itu.
Dapat dikatakan bahawa seseorang yang telah difitnahkan melalui Internet
dalam papan buletin boleh mendakwa pihak yang menulis laporan fitnah itu dan
juga termasuk operator sistem Internet itu jika sekiranya operator itu bertugas
sebagai pengawas papan buletin sepertimana seorang penerbit. Surat khabar atau
stesyen penyiaran juga boleh didakwa dalam kes fitnah yang berkaitan dengan sesuatu
iklan yang disiarkan, tanpa mengambil kira pihak mana yang telah menulis iklan
tersebut. Oleh kerana itu, surat khabar dan juga stesyen-stesyen penyiaran itu
perlu menanggung risiko sekiranya mereka membuat salinan sebarang iklan atau
laporan daripada media-media lain.
Syarikat-syarikat percetakan dan stesyen-stesyen penyiaran bertanggungan
terhadap fitnah libel, atas dasar bahawa para pekerja di tempat tersebut telah
menjalankan tugas mereka yang sewajarnya, seperti menulis atau memilih berita
atau laporan yang hendak disiarkan dan menyuntingnya serta seterusnya
menyiarkannya untuk tatapan awam. Dengan kedudukan sedemikian, syarikat
penerbitan dan juga stesyen-stesyen penyiaran bertanggungan terhadap sebarang
tuntutan fitnah yang dituntut oleh pihak plaintif.
Dengan demikian itu juga, pembawa, penyampai atau penyiar awam (common
carrier) seperti syarikat-syarikat telepon, para operator sistem radio dan
operator perkhidmatan Internet dianggap tidak bertanggungjawab terhadap
sebarang laporan berbentuk libel, kerana mereka pada kebiasaannya melaksanakan
kerja-kerja mereka secara mematuhi apa yang telah dibekalkan dan tidak
mengawasi ke atas segala maklumat yang mereka pindahkan atau siarkan. Penyampai
atau penyiar awam ini hanya menjalankan tugas mereka sebagai pembawa atau
penyiar laporan orang lain yang telah disediakan oleh suatu pihak lain tanpa
membuat sebarang penelitian atau suntingan. Walaupun begitu, perkhidmatan
menyiarkan sesuatu laporan itu dikenakan bayaran tertentu. Begitu jugalah
pemilik kedai buku tidak dibebankan dengan tanggungan fitnah libel atas alasan
bahawa pemilik kedai buku itu tidak semestinya mengetahui isi kandungan kesemua
buku yang dipamerkan di dalam kedainya.
Pemilik kedai buku bukanlah penerbit buku yang bertanggungjawab mengawal
selia isi kandungan buku yang mereka ingin terbitkan, dan sekiranya diminta
kepada setiap pemilik kedai buku menyemak setiap buku yang ingin dijual oleh
mereka bagi menghindari kes fitnah libel akan menyebabkan tersekat aliran
maklumat secara tidak sewajarnya kepada masyarakat awam. Kedudukan ini samalah
juga jika dibandingkan dengan pembekal perkhidmatan Internet. Sekiranya
pembekal itu terpaksa meneliti kesemua maklumat yang terdapat dalam talian
Internet yang dibekalkannya, sudah pasti keadaan tersebut terlalu sukar untuk
dilaksanakan dan jika dikuatkuasakan juga ia boleh membantutkan perkembangan
industri Internet dalam interaksi pada peringkat tempatan dan juga global.
Maka dapatlah dikatakan bahawa para operator bagi talian papan buletin
boleh dianggap sama sepertimana pembawa, penyampai awam (common carrier) atau
pemilik kedai buku. Mereka tidak dianggap sebagai penerbit sesuatu laporan yang boleh dipertanggungjawab
terhadap fitnah libel ke atas sebarang laporan yang dikirimkan ke dalam
perkhidmatan maklumat elektronik mereka. Sehubungan dengan itu, Mahkamah
District Amerika bagi Southern District, New York telah memutuskan bahawa
CompuServe, iaitu operator bagi sebuah perkhidmatan talian komersial adalah
tidak bertanggungan bagi kenyataan- kenyataan libel yang disiarkan pada papan
buletin yang telah dilakukan oleh pelanggannya (subscriber), melainkan operator papan buletin mempunyai “pengetahuan yang
sebenar” terhadap libel tersebut. Hakim Peter K. Leisure telah berkata bahawa
CompuServe adalah sama seperti pemilik kedai buku, penjual surat khabar atau
penjaga perpustakaan awam. Mereka semua tidak dijangka secara rasional
mempunyai mata dan tenaga untuk memeriksa setiap penerbitan yang berkemungkinan
mengandungi kenyataan-kenyataan berbau fitnah. Dengan kekurangan atau ketiadaan
kawalan penyuntingan ke atas mesej- mesej elektronik, maka CompuServe tidak
dibebankan dengan tanggungjawab terhadap fitnah yang didakwa itu.
Sekalipun pembekal perkhidmatan elektronik berusaha untuk menapis
mesej-mesej libel dan lucah daripada diberikan laluan dalam perkhidmatannya,
operator sistem tetap tidak bertanggungan terhadap fitnah dan apa-apa jenayah
bagi mesej-mesej yang terdapat dalam sistem talian Internetnya.
Dalam seksyen 230 Akta Telekomunikasi 1996 Amerika Syarikat, pihak
Kongres mengatakan bahawa pembekal dan pengguna perkhidmatan komputer interaksi
tidak dianggap sebagai penerbit sekalipun mereka berusaha membatasi atau
menghadkan mesej-mesej yang tidak disukai dalam perkhidmatan mereka. Seksyen
230 ini bertujuan menukar arah atau menyanggah keputusan mahkamah New York yang
menjadikan operator perkhidmatan elektronik bertanggungan terhadap fitnah
sekiranya mereka berusaha mengawasi isi kandungan sistem talian Internet mereka
dan kedudukan mereka adalah sepertimana seseorang penerbit. Ini dapat dirujuk
kepada kes Stratton Oakmont Inc. lwn. Prodigy Services Co. Dalam kes ini, hakim
perbicaraan di sebuah mahkamah di New York telah mengatakan bahawa Prodigy,
iaitu sebuah pembekal perkhidmatan komersial perhubungan komputer boleh didakwa
atas kesalahan fitnah libel. Kesalahan fitnah libel itu berkaitan dengan satu
mesej yang telah dikirimkan oleh seorang pelanggan (subsciber) yang menuduh
sebuah firma pelaburan terlibat dengan kelakuan jenayah. Dakwaan fitnah ini boleh
dikenakan kerana Prodigy telah menjangkakan tanggungjawab sebagai seorang
penyunting dengan memasarkan dirinya sebagai pembekal perkhidmatan
“berorientasikan keluarga” yang menapis mesej-mesej baru yang dikirimkan kepada
papan buletinnya. Kedudukannya dikira sama dari sudut undang-undang sepertimana
seorang penerbit, kerana dia berusaha mengawal dan mengesan isi kandungan
mesej-mesej yang datang dengan menggunakan text scanning software, iaitu suatu
software yang boleh memeriksa perkataan- perkataan dan ayat-ayat berbentuk
hinaan dan fitnah.
Maka peruntukan dalam Tajuk V Akta Telekomunikasi 1996 itu dapat
dikatakan telah menyanggah keputusan kes Prodigy dengan menetapkan bahawa
pembekal perkhidmatan Internet tidak dianggap sama kedudukannya dari sudut
undang-undang sepertimana seorang penerbit. Demikian itu, pembekal perkhidmatan
Internet tidak bertanggungan terhadap isi kandungan mesej yang disiarkan oleh
mereka, tanpa mengira sama ada mereka mempunyai sistem penapisan mesej atau
tidak. Begitu juga sekiranya mereka mempunyai maklumat berkaitan dengan sesuatu
bahan kiriman itu mengandungi fitnah libel dan bahan tersebut tidak disekat
atau dihapuskan, mereka tetap tidak dibebankan dengan apa-apa tanggungan libel
berasaskan kepada peruntukan Akta tersebut.
Tafsiran dan pelaksanaan peruntukan Seksyen 230 Akta Telekomunikasi 1996
itu jelas dapat dilihat dalam kes Kenneth Zeran yang telah mendakwa America
Online atas tuduhan menyiarkan berita palsu dalam Internetnya berkaitan iklan
pada T-shirts yang dihubungkan atau dikaitkan kepada Zeran dengan mesej
berbentuk penghinaan mengenai tindakan pengeboman ke atas Alfred P. Murrah
Federal Building di Bandar Oklahoma. Satu ungkapan dalam iklan itu berbunyi:
“Visit Oklahoma…It’s a BLAST!!!”. Para pembaca iklan itu diseru supaya
menghubungi “Ken” di talian telepon Kenneth Zeran di Seattle. Zeran merupakan
sebuah syarikat penerbit komersial yang tidak mempunyai sebarang hubungan
dengan isu bom di Bandar Oklahoma dan ia telah mendakwa America Online kerana
syarikat itu dengan sengaja membenarkan bahan libel muncul di atas papan
buletinnya, walaupun setelah Zeran meminta ia tidak disiarkan. Sehubungan
dengan iklan tersebut, pihak Zeran telah menerima banyak panggilan telepon
berbentuk kejian dan kekasaran setelah iklan palsu itu disebarkan oleh America
Online.
Dalam penghakiman America Online, Mahkamah Rayuan Amerika Syarikat (U.S.
Court of Appeal) memutuskan bahawa pembekal perkhidmatan Internet terkecuali
daripada tanggungan mengikut undang-undang negara terhadap sebarang mesej yang
dikirimkan oleh pihak ketiga. Kemudian dalam tahun 1998, mahkamah persekutuan,
iaitu Mahkamah Tinggi Amerika Syarikat (U.S. Supreme Court) menolak untuk
menyemak keputusan tersebut dengan mengekalkan keputusan Mahkamah Rayuan dengan
mengatakan bahawa Akta Telekomunikasi 1996 tidak membebankan tanggungan ke atas
mana-mana pembekal Internet jika sekiranya pihak ketiga mengirimkan mesej-mesej
elektronik berbentuk fitnah libel melalui pembekal Internet itu. Kebebasan
menyatakan pendapat akan menjadi kaku dan beku jika pembekal perkhidmatan
talian (online service providers) dibebankan dengan suatu tugas yang
menghairankan bagi menyemak berjuta mesej interaksi yang disebarkan pada saban
hari melalui rangkaian elektronik mereka. Samalah juga adalah tidak munasabah
beban diwajibkan ke atas pembekal perkhidmatan elektronik jika sekiranya mereka
dipertanggungjawab terhadap penyingkiran mesej-mesej berbentuk fitnah libel
sekalipun setelah diberitahu kewujudannya dalam papan buletin mereka.
Pelepasan tanggungan ini hanya berlaku ke atas pembekal perkhidmatan
Internet sahaja, tidak ke atas pihak yang menulis atau yang mewujudkan bahan
libel itu. Oleh yang demikian itu, dapat dikatakan bahawa setiap orang terdedah
kepada tindakan atau tuntutan undang-undang bagi setiap bahan yang dia telah
tuliskan dalam tapak jaringan (website) atau yang dia kirimkan ke dalam mel
elektrik (e-mail) dan kemudian bahan tulisan itu tersebar kepada pelanggan-
pelanggan Internet lain. Kedudukan kes ini sama jugalah jika ia berlaku melalui
sistem pesanan ringkas telepon. Maka pihak yang betul-betul menulis bahan
fitnah libel itu yang bertanggungan terhadap tuntutan libel tersebut, bukannya
penyedia atau pembekal perkhidmatan kemudahan elektronik itu.
Ini dapat dirujuk dalam kes Varian Medical System lwn. Delfino, juri di
Lembah Silikon California membuat keputusan supaya dua orang penyelidik sains
membayar ganti rugi punitif dan ganti rugi pampasan sebanyak $775,000 kepada
sebuah syarikat teknologi tinggi dan juga dua orang pengurusnya disebabkan dua
orang penyelidik itu telah didapati mengirimkan beribu mesej fitnah dalam papan
Internet. Mahkamah Rayuan (Appellate Court) menyokong keputusan itu, walaupun
Mahkamah Tinggi (Supreme Court) bersetuju untuk menyemak beberapa aspek
tertentu terhadap keputusan itu dalam tahun 2004. Oleh kerana Internet ini
merupakan suatu bentuk ruang siber tanpa sempadan, maka terdapat kes-kes libel
melalui Internet di serata dunia. Antaranya keputusan kes yang bersamaan dengan
kes Prodigy yang telah diputuskan dalam tahun 1994 di Australia, iaitu kes
Rindos lwn Hardwick, seorang pengguna Internet telah mengirimkan suatu mesej
yang memburuk-burukkan nama dan kecekapan pihak Rindos dari sudut akademik dan
tingkah laku. Dalam penghakiman, mahkamah membuat keputusan memihak kepada
Rindos dan mengarahkan ganti rugi sebanyak $40,000 dibayar kepadanya sebagai
ganti rugi fitnah yang berlaku.
Dalam undang-undang Inggeris, iaitu seksyen 1 Akta Fitnah 1996
memperuntukkan pihak yang boleh dipertanggungjawabkan ke atas sesuatu fitnah
libel ialah penulis, penyunting dan penerbit. Daripada definisi penulis,
penyunting dan penerbit itu, maka seseorang itu tidak dikira termasuk sebagai
salah seorang daripada ketiga-tiga istilah itu sekiranya dia hanya terlibat:
a. dalam percetakan,
penerbitan, pengagihan atau penjualan bahan bercetak yang mengandungi sesuatu
kenyataan;
b. dalam pemprosesan,
penyediaan salinan, pengagihan, pameran atau penjualan filem atau rakaman
sesuatu yang mengandungi kenyataan tertentu;
c. dalam pemprosesan,
pembuatan salinan, pengagihan atau penjualan apa- apa alat elektronik yang
mengandungi atau terpapar sesuatu kenyataan itu, atau pengelolaan (operating)
atau pembekalan (providing) apa-apa peralatan, sistem atau perkhidmatan yang
dengannya (by means of) sesuatu kenyataan itu didapatkan semula (retrieved),
disalin, diagihkan atau diwujudkan dalam bentuk elektronik;
d. sebagai penyiar
program siaran langsung yang mengandungi suatu kenyataan dalam keadaan-keadaan
yang mana dia tidak boleh mengawal secara berkesan ke atas pembuat sesuatu
kenyataan itu;
e. sebagai operator atau
pembekal laluan masuk ke sistem komunikasi yang dengannya sesuatu kenyataan itu
disiarkan, atau diwujudkan, oleh seseorang berkaitan dengan pihak lain yang dia
tidak boleh mengawal secara berkesan.
Dan dalam waktu yang sama, Akta Fitnah 1996 ini meletakkan kedudukan
pekerja atau ejen bagi seseorang penulis, penyunting atau penerbit adalah sama
sepertimana majikan atau ketuanya. Kedudukan ini jelas diperuntukkan dalam
seksyen 4 Akta tersebut:
“Para pekerja atau ejen bagi penulis, penyunting atau penerbit adalah
dalam kedudukan yang sama sepertimana majikan atau ketua (principal) mereka
setakat mana bahawa mereka bertanggungjawab terhadap isi kandungan sesuatu
kenyataan atau keputusan untuk menerbitkannya”.
Jika dirujuk kepada Akta Fitnah 1996 itu, terutamanya seksyen 1(e) yang
boleh dikaitkan kepada kes-kes pembekal perkhidmatan Internet dan juga operator
telepon yang telah membekalkan atau memberi laluan kepada bahan- bahan fitnah,
adakah mereka bertanggungjawab dalam kes sedemikian. Didapati bahawa dalam
banyak kes, mereka tidak dapat mengawasi bahawa bahan yang disiarkan itu
merupakan bahan fitnah. Maka sudah pastilah British Telecom tidak boleh
dibebankan tanggungan kesalahan fitnah libel berasaskan semata-mata terdapat
bahan fitnah yang telah disiarkan oleh perkhidmatannya. Ini adalah kerana ia
tidak mungkin dapat mengawasi dan menyedari isi kandungan percakapan telepon
melalui sesuatu talian itu merupakan bahan fitnah. Maka pendalihan dalam
seksyen 1 Akta tersebut boleh digunakan oleh pembekal perkhidmatan Internet,
operator dan juga pembekal kemudahan sistem komunikasi dalam keadaan-keadaan
tertentu bagi membuktikan bahawa mereka tidak bersalah dalam sesuatu kes fitnah
libel itu.
Dengan sebab itu apabila dirujuk kepada peruntukan seksyen 1(1), ia
memperuntukkan pendalihan kepada pihak defendan, termasuk pembekal perkhidmatan
Internet, penyedia kemudahan telekomunikasi dan sebagainya apabila dia mampu
membuktikan bahawa:
(a) dia bukanlah
penulis,penyunting atau penerbit sesuatu kenyataan yang diadukan itu,
(b) dia telah mengambil
tindakan yang munasabah berhubung dengan penerbitan itu,
(c) dia tidak mengetahui,
dan tiada alasan untuk mempercayai, bahawa apa yang telah dilakukan telah
menyebabkan atau telah menyumbangkan kepada penerbitan suatu kenyataan fitnah.
Secara perinciannya, segala pendalihan di atas yang dikemukakan oleh
pihak defendan terserah kepada pihak mahkamah bagi memastikan adakah betul
pendalihan tersebut boleh digunakan oleh pihak defendan. Untuk menangani situasi
tersebut, panduan diberikan kepada mahkamah dengan berpandukan seksyen 1(5)
Akta Fitnah 1996:
“(5) Dalam menentukan untuk maksud seksyen ini sama ada seseorang itu
telah mengambil tindakan yang munasabah, atau mempunyai alasan untuk
mempercayai bahawa apa yang dia telah lakukan atau sumbangkan kepada penerbitan
suatu kenyataan fitnah, bagi menanganinya harus perlu dipertimbangkan-
(a) takat tanggungjawabnya
terhadap isi kandungan sesuatu kenyataan atau keputusan untuk menerbitkannya,
(b) sifat atau keadaan
penerbitan itu, dan
(c) tingkahlaku atau sifat yang wujud pada diri penulis, penyunting atau penerbit
sesuatu kenyataan yang terlibat itu.”
Daripada Akta Fitnah 1996 itu didapati bahawa pembekal perkhidmatan
Internet dan juga penyedia kemudahan telekomunikasi bukanlah merupakan penulis,
penyunting dan juga penerbit bagi sesuatu kenyataan yang disiarkannya pada
papan skrin atau papan buletin Internet. Walau kedudukan pembekal perkhidmatan
Internet dan juga kemudahan telekomunikasi itu agak hampir dengan definisi
penerbit (publisher), tetapi tugasnya tidak begitu tepat dengan kehendak dan
maksud penerbit sepertimana dalam Akta Fitnah 1996 itu yang mana pada umumnya
mereka dikecualikan daripada menanggung tanggungan terhadap penerbitan yang disiarkan
pada papan buletin mereka. Sehubungan dengan maksud penyuntingan pula, Peter
Carey berkata: “Hanya cara yang semata-mata pembekal perkhidmatan untuk
mempastikan bahawa ia tidak termasuk ke dalam definisi penyunting (editor)
adalah tidak melibatkan diri sebagai berfungsi meneliti sesuatu berita
(house-keeping function), iaitu menjauhkan diri daripada tugas membuang
sebarang kenyataan berbentuk fitnah atau
sebarang kenyataan mengaibkan daripada perkhidmatannya”.
Sepertimana perbincangan sebelum ini, Akta Fitnah 1996 membenarkan
pendalihan dalam seksyen 1(1)(b)(c) atas alasan bahawa dia telah mengambil
tindakan yang munasabah berhubung dengan sesuatu penerbitan itu, dan dia tidak
mengetahui serta tiada alasan untuk mempercayai, bahawa apa yang telah dilakukan
telah menyebabkan atau telah menyumbangkan kepada penerbitan suatu kenyataan
fitnah. Seksyen ini juga diperjelaskan dalam seksyen 1(5) bagi mengukur dan
menguji sejauhmana dua keadaan itu betul-betul telah dilaksanakan oleh pihak
defendan ke atas sesuatu kenyataan berbentuk fitnah yang dikeluarkan olehnya
itu. Jika sekiranya dia telah menyedari bahawa sesuatu kenyataan itu berbentuk
fitnah tetapi dia gagal menghapuskannya, maka dia bertanggungan. Ini dapat
dilihat dalam kes Godfrey lwn.
Demon Internet Ltd. bagi menjelaskan seksyen 1(5) ini. Dalam kes
ini, mahkamah telah mempertimbangkan bahawa defendan adalah pembekal
perkhidmatan Internet yang menyediakan kemudahan penggunaan Internet kepada
para pelanggan, iaitu usenet newsgroup. Ini merupakan suatu sistem yang boleh
digunakan oleh para pengguna Internet untuk mengirimkan artikel bagi suatu
perbincangan tertentu. Artikel itu boleh dicapai dan dibaca di seluruh dunia
oleh sesiapa sahaja yang telah memohon dan dibenarkan oleh pihak pembekal
perkhidmatan Internet itu. Sebahagian daripada perkhidmatannya, pihak defendan
juga menyimpan artikel-artikel dalam newsgroup yang kemudiannya boleh dicapai
oleh para pelanggannya. Sehubungan dengan itu, seseorang yang tidak dikenali
telah membuat satu artikel dan dikirimkan kepada server defendan. Artikel itu
didakwa datang dari pihak menuntut, tetapi sebenarnya ia adalah suatu yang
palsu dan tidak benar. Artikel itu digambarkan oleh mahkamah sebagai “kotor,
lucah dan fitnah” kepada pihak menuntut. Mahkamah memutuskan bahawa pembekal
perkhidmatan Internet adalah sama kedudukannya sepertimana penjual buku atau
pemilik perpustakaan apabila dia (pembekal itu) menjual dan menyiarkan bahan
fitnah kepada para pelanggannya. Apabila disiarkan berita-berita berbentuk
fitnah daripada simpanan server pembekal perkhidmatan Internet itu, bermakna
mereka menyiarkan sesuatu berita itu kepada para pelanggan mereka. Akhirnya,
pihak Demon bersetuju membayar ganti rugi sebanyak 15,000 Pounds Sterling dan
lain-lain kos sebanyak 230,000 Pounds Sterling. Demon tidak boleh menggunakan
pendalihan dalam statut apabila dia gagal untuk menghapuskan bahan kiriman
fitnah yang telah disedari olehnya. Keadaan ini telah diambil kira oleh
mahkamah setelah pihak menuntut memberi notis kepada defendan supaya
menghapuskan artikel yang berbentuk fitnah itu daripada usenet news server.
Maka pendalihan sebagai orang yang tidak bersalah dalam penyebaran artikel
tersebut tidak boleh digunakan atas alasan tempoh untuk menghapuskannya telah
diberikan oleh pihak menuntut.
5) KESIMPULAN
Telah jelas kepada
kita daripada perbincangan sebelum ini berkaitan dengan kes-kes yang melibatkan
fitnah libel yang terjadi melalui ruang siber dan juga sistem pesanan ringkas.
Kes-kes yang telah dituntut di mahkamah pada masa kini melibatkan Internet,
terutamanya pembekal perkhidmatan Internet. Walaupun terdapat keputusan
mahkamah yang membebankan tanggungan ke atas bahu pembekal perkhidmatan
Internet, tetapi keputusan tersebut tidak diterima secara majoriti oleh para
ahli undang-undang. Jika dibandingkan penerbit media cetak dan penerbit siaran
televisyen dengan pembekal perkhidmatan media elektronik Internet dan telepon,
didapati bahawa penerbit media cetak dan syarikat penyiaran televisyen dan
radio lebih mempunyai keupayaan untuk mengawal dan mengawasi isi kandungan
bahan-bahan yang mereka siar dan sebarkan.
Walaupun Internet dan
sistem pesanan ringkas merupakan salah satu bentuk media, tetapi sifat Internet
dan sistem pesanan ringkas itu berbeza dengan media-media lain. Hal ini dipandang
dari sudut keupayaan Internet dan sistem pesanan ringkas itu membolehkan para
penggunanya memasukkan dan memindahkan segala bahan maklumat mereka secara
cepat dan segera. Ini menyebabkan pembekal perkhidmatan Internet dan juga
penyedia kemudahan sistem pesanan ringkas sukar untuk mengadakan kawalan ke
atas isi kandungan yang dimasukkan ke dalam papan buletin Internet dan juga
yang dikirimkan melalui sistem pesanan ringkas. Oleh itu, secara ringkasnya
dapatlah dikatakan bahawa sewajarnya para pembekal perkhidmatan Internet dan
juga penyedia kemudahan sistem pesanan ringkas tidak dibebankan tanggungan
terhadap bahan-bahan yang dikirimkan dalam kedua-dua media tersebut.
Walaupun pihak
pembekal perkhidmatan Internet itu tidak sewajarnya dipertanggungjawabkan ke
atas bahan-bahan yang terdapat dalam papan buletin Internet mereka, tetapi jika
dapat dibuktikan bahawa mereka telah bersubahat atau telah turut sama dalam
pengiriman bahan fitnah libel itu, maka dalam kes sebegini, pembekal
perkhidmatan Internet boleh turut sama dipertanggungjawabkan atas kesalahan
fitnah libel itu.
RUJUKAN
I.
https://ms.wikipedia.org/wiki/Fitnah
II.
https://sssums.files.wordpress.com/2007/11/fitnah-melalui-internet-dan-telekomunikasi-menurut-undang-undang-ciptaan-dan-undang-undang-islam.pdf


Comments