Membudayakan Amalan Syura Dalam Sesebuah Organisasi
Nama Ahli Kumpulan : 1) Nuraishah binti Azlan (02DAT18F1041)
2) Nuraisya binti Ramlee (02DAT18F1116)
3) Nur Aina Farzana binti Rozi (02DAT18F1035)
4) Nur Farzana Huda binti Raimi (02DAT18F1094)
5) Aina Syafiqah binti Anuar (02DAT18F1047)
6) Nur Syafiqah binti Rosli (02DAT18F1121)
Nama Pensyarah: Puan Wan Ruswani binti Wan Abdullah
DEFINISI AL
SYURA:
Syura
merupakan istilah yang diperkenalkan oleh al-Quran. Secara ringkas ia membawa
erti sebagai amalan bermesyuarat. Ia merupakan satu proses komunikasi yang
mengandungi perbincangan, perundingan, percambahan fikiran, pengumpulan dan
pertukaran maklumat, pengumpulan fakta dan data serta pengumpulan dan
pertukaran pelbagai idea dari setiap sudut.
Sumber
rujukan: http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=1999&dt=0219&sec=Rencana&pg=ot_02.htm#ixzz5cOy8XEAE
Mengikut
pandangan Islam:
-
Satu
konsep dalam menentukan sesuatu keputusan dalam pemerintahan Islam. Sistem ini
sangat penting sebagai faktor utama kejayaan politik Islam, dan atas asas ianya
sebagai penentuan atau penjamin tidak akan cacatnya pelaksanaan dalam mana-mana
zaman. Sesungguhnya pemerintah aakan bersama-sama rakyat dalam mencari
penyelesaian dalam mencapai keputusan-keputusan politik dan merupakan prinsip
dasar negara dan masyarakat muslim.
-
Perkataan
Al Syura adalah berasal daripada bangsa Arab yang membawa maksud mesyuarat.
Manakala dari sudu istilah pula ialah permesyuaratan yang diadakan oleh
sekumpulan ulama dan umat Islam dalam segala hal yang berkaitan dengan
kepentingan dan kebajikan mereka berdasarkan kepada keimanan.
Ibn Mansor
di dalam Lisan al-Arab:
-
Penyaringan
madu: Iaitu menyaring madu dari sarangnya.
Edward
William Lane:
-
Gathered it from its hives and from
other places
Al-syura merupakan prinsip pengurusan Islam
yang kedua. Kepentingannya ditegaskan dengan jelas dan nyata di dalam al-Quran.
Kemudian, dikukuhkan lagi oleh sunnah Rasulullah S.A.W. serta amalan para
sahabat. Al-syura yang bermaksud
muzakarah atau musyawarah juga merupakan unsur yang dianggap penting dalam
kehidupan seharian.
Sumber
rujukan: Buku Pengurusan Dalam Islam, Asmahan Moktar
DALIL AL
SYURA
Terdapat
beberapa dalil daripada Al Quran dan juga Al Sunnah yang menunjukkan atas
kewajipan bersyura. Antaranya ialah:
Surah Ali
Imran, ayat ke 159, yang bermaksud,
“Maka disebabkan rahmat
dari Allah-lah kamu berlaku lemah lembut terhadap mereka. Sekiranya kamu
bersikap keras lagi berhati kasar, tentulah mereka menjauhkan diri dari
sekelilingmu. Kerana itu maafkanlah mereka, mohonkanlah ampun bagi mereka, dan
bermusyawaratlah dengan mereka dalam urusan itu. Kemudian apabila kamu telah
membulatkan tekad, maka bertawakkallah kepada Allah. Sesungguhnya Allah
menyukai orang-orang yang bertawakkal kepadaNya.”
KEPENTINGAN AL SYURA DALAM SESEBUAH
ORGANISASI
Antara
kepentingan al-syura dalam hubungannya dengan pengurusan ialah:
1. Keputusan yang dibuat menjadi lebih
baik berdasarkan logik akal. Keputusan yang dibuat mengikut pandangan ramai
lebih baik daripada pandangan seseorang.
2. Dapat memantapkan keputusan yang
dibuat hasil perbincangan yang lebih matang dan mendalam.
3. Dapat mengelakkan kekeliruan dan
ketidakfahaman kerana sesuatu perkara itu dibincangkan dengan teliti dan
melibatkan jumlah ahli majlis yang ramai.
4. Kesalahan yang besar dapat dielakkan
kerana keputusan yang dibuat telah diputuskan secara bersama (mengikut
persepakatan ramai.)
5. Meningkatkan komitmen pekerja kerana
keputusan tersebut dibuat secara bersama. Dengan ini, mereka akan merasakan
keputusan yang dibuat itu adalah keputusan bersama ddan bukan keputusan
individu sahaja.
6. Memanfaatkan mereka yang berilmu,
berpengalaman dan berkemahiran.
Al Syura
merupakan salah satu element yang penting bagi mengambil segala keputusan yang
paling penting dalam sesebuah organisasi. Jika keputusan diambil-kira haruslah
sentiasa berjalan dengan baik, maka organisasi tersebut akan mempunyai
keseragaman dan kesepaduan yang tinggi terhadap segala masalah yang akan datang
bagi menamatkan organisasi tersebut.
Al Syura
juga telah disyariatkan oleh Allah s.w.t untuk membuat semua keputusan di semua
peringkat sama ada organisasi , keluarga dan sebagainya.
Sekiranya ,
tanpa Al Syura ianya akan mendatangkan tanda kezaliman akan berlaku.
Khalifah
Umar Al-Khattab berkata :
"Tidak ada kebaikan
pada urusan yang diputuskan tanpa syura".
SIFAT SIFAT AHLI SYURA
Sifat-sifat
baik yang disyaratkan oleh Saidina Ali bin Abi Talib adalah seperti berikut:
1. Seorang yang pintar atau bijaksana,
berpandangan jauh dan berhati suci.
2. Seorang yang tidak melakukan
kezaliman dan tidak membantu orang-orang yang zalim dan melakukan kejahatan.
3. Seorang yang bertaqwa dan jujur.
4. Seorang yang tidak pengecut, tidak
kedekut dan tidak tamak.
5. Seorang yang adil.
6. Seorang yang berilmu dan terpelajar.
7. Seorang yang tekun dan sabra dalam
menjalankan tugas dan amanah.
FUNGSI SYURA DALAM SESEBUAH ORGANISASI
1. Menggubal peraturan-peraturan
organisasi.
2. Menjalankan setiap aktiviti
organisasi yang difikirkan berfaedah mengikut syariah.
3. Meluluskan program-program kewangan.
4. Mengulangkaji dasar-dasar organisasi
dan memikirkan cara untuk melicinkan lagi pentadbiran organisasi.
5. Berkuasa mengisytiharkan rancangan
darurat organisasi yang difikirkan perlu.
6. Meluluskan kontrak, perkongsian dan
perjanjian dengan organisasi luar.
7. Memberikan kebebasan kepada setiap
ahli syura untuk menyatakan pendapat
demi kemaslahatan organisasi.
8. Menggunakan harta dan belanjawan
organisasi sebagaimana yang diputuskan oleh syura.



Comments